• Main
  • News

????????????????????????:Hai Cikgu. Anak saya belajar di SJKC tapi tidak boleh berbual dalam bahasa Cina.

Bagaimana untuk membimbingnya dengan lebih baik?

????????????????????????????: Puan Jayaletchumi,

Terima kasih kerana bertanyakan soalan ini.

Sebelum menjawab soalan Puan, izinkan saya berkongsi terlebih dahulu punca kepada masalah berkenaan.

Kanak-kanak di bawah usia 12 tahun, mempelajari bahasa melalui ikutan. Mereka meniru percakapan ibu- bapa dan ahli keluarga yang lain.

Oleh itu, kebanyakan anak-anak yang dibesarkan dalam keluarga yang bercakap 2-3 bahasa di rumah, selalunya tidak akan menghadapi masalah bila bahasa-bahasa tersebut diajar di sekolah.

Yang menjadi masalah adalah bila bahasa yang tidak pernah dituturkan di rumah tiba-tiba menjadi bahasa dominan atau bahasa pengantar di sekolah seperti bahasa Cina di SJKC, bahasa Tamil di SJKT dan bahasa Melayu di SK.

Tidak dinafikan ada kanak-kanak yang hanya bertutur satu bahasa di rumah tetapi berjaya menguasai 3 bahasa yang diajar di sekolah. Namun, bilangannya tidaklah seramai mereka yang tidak berjaya.

Jadi, bukan salah anak-anak bila mereka gagal menguasai bahasa Cina di SJKC, kerana sistem pendidikan SJKC direka untuk kanak-kanak penutur asal bahasa Cina. Dengan kata lain, kanak-kanak yang belajar di SJKC sepatutnya sudah fasih berbahasa Cina.

Saya berpendapat sukatan pelajaran bahasa Cina sebagai opsyen bahasa ketiga di SK boleh digunakan untuk membantu anak Puan menguasai asas komunikasi yang sepatutnya sudah dikuasainya sebelum mula belajar di SJKC, kerana ia direka untuk kanak-kanak bukan penutur asal bahasa Cina, diajar secara bertahap, bermula dengan asas bahasa Cina itu sendiri.

Setelah membaca buku teks bahasa Cina tahun 1 hingga tahun 6 SK, saya mendapati sukatan pelajarannya sangat bagus dan ibu-bapa wajar mempertimbangkannya sebagai opsyen yang lebih mudah dan praktikal untuk anak-anak mereka.
(Video ulasan tentang buku teks Bahasa Cina tahun 6 SK di bawah)

Selain aspek pembelajaran, aspek emosi anak juga patut diberikan perhatian kerana selalunya kanak-kanak tidak pandai meluahkan perasaan mereka sehingga banyak emosi negatif akibat dimarahi dan dihukum atau disisih oleh teman sekelas terbuku di dalam hati yang menjadi faktor kepada protes senyap dan penolakan terhadap bahasa Cina.

Isu ini kurang dibincangkan secara terbuka kerana tidak ramai kanak-kanak yang mampu meluahkan perasaan mereka dan yang lebih menyedihkan lagi, bila ada di kalangan mereka menganggap diri mereka bodoh kerana tidak mampu menyiapkan kerja sekolah yang tidak mereka fahami sehingga selalu dihukum di sekolah.

Itulah antara pengalaman yang boleh saya kongsikan berdasarkan pengalaman saya sendiri dan pengalaman anak-anak kenalan saya yang belajar di SJKC. Antaranya ialah warganegara China yang menukar anak mereka ke sekolah antarabangsa atas permintaan anak mereka sendiri yang lebih suka belajar dalam bahasa Inggeris dan mengambil subjek bahasa Cina sukatan pelajaran antarabangsa sebagai bahasa kedua.

Tiada istilah betul atau salah. Semuanya bergantung kepada pilihan ibu-bapa, yang sebaiknya mengambil kira prestasi akademik, perkembangan emosi, cita-cita dan minat anak-anak.

Semoga perkongsian ini sedikit-sebanyak dapat membantu Puan dan anak Puan.

Ulasan buku teks bahasa Cina SK :
https://www.facebook.com/RafizahCianLin/videos/463516138148297/


About Us

  • Ascademy

    We provide online and traditional classroom lessons.The language courses available are Chinese, Arabic and Turkish taught in Malay and English.